Isnin, 22 Februari 2010

Semangat Semakin Luntur

Kali terakhir aku menulis ialah pada 6 Disember 2009. Entah mengapa aku rasa cukup malas untuk menulis. Aku bagaikan sudah luntur semangat. Seperti ada sesuatu yang merentap kekuatan aku dan malas menguasai seluruh emosiku.
Sedar-sedar tahun 2010 sudah memasuki bulan kedua. Dan tak berapa lama lagi bulan Mac. Apa yang telah aku buat setakat ini.
Hari demi hari ,kita semakin menghampiri mati. Entah bila aku akan diundang oleh Yang Maha Berkuasa untuk bertemuNya. Bersediakan aku . Banyak mana bekalan yang aku dapat bawa bagi bertemu Allah.
Ya Allah, kuatkan iman aku dan matikan aku dalam iman.

Ahad, 6 Disember 2009

Pengunjung Setia PMR

Pusat PMR Pengkalan Hulu memang popular di kalangan pelajar-pelajar di daerah ini. Pada setiap petang ada saja pelajar yang berkunjung ke PMR. Mereka menggunakan kesempatan untuk mencari maklumat, membuat kerja sekolah dan sebagainya.

Dari pengamatan kakitangan disini, apa yang istimewanya ada seorang pelajar lelaki yang menjadi mengunjung paling setia PMR. Pada setiap petang dan cuti sekolah, pagi-pagi lagi beliau sudah berada di PMR.

Beliau yang dimaksudkan ialah Adik Muhammad Khairuddin bin Saifullah , pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu. Sekiranya ada anugerah pengunjung paling setia oleh jabatan, beliaulah yang paling layak menerimanya.

Ahad, 29 November 2009

Masjid Daerah Pengkalan Hulu

Pada bulan Febuari 2010 adalah dijangkakan Masjid Daerah Pengkalan Hulu ( Masjid Iskandari) yang baru akan mula dapat digunakan. Sekarang ini telah hampir siap 90 % pembinaannya. Ianya terletak dibelakang Stesen Minyak Petronas Pengkalan Hulu, berhampiran Mini Stadium dan pejabat-pejabat kerajaan.

Dengan kos pembinaan RM6.2 juta dan akan dapat menampong jemaah seramai 1800 orang. Pada 2010 ini , kepadatan jemaah pada setiap kali Sembahyang Jumaat akan dapat diatasi dengan siapnya masjid baru tersebut.

Ini adalah merupakan satu rahmat dan nikmat pembangunan dari kerajaan kepada seluruh penduduk Pengkalan Hulu. Dan mudah-mudahan dengan adanya masjid baru ini akan dapat warga Pengkalan Hulu manafaatkannya dengan sebaik mungkin.

Rabu, 25 November 2009

Aidil Adha, Pengorbanan dan Keegoan

Esok 26 November 2009, umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidil Adha. Tidak seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang meriah, Hari Raya Aidil Adha disambut secara sederhana.
Hari Raya Aidil Adha diraikan sempena pengobanan Nabi Ibrahim dan Ismail anaknya. Pengorbanan yang sukar untuk manusia laksanakan. Namun Nabi Ibrahim bertawakal dan menyerah diri kepada Allah.

Itulah Nabi Ibrahim seorang hamba yang taat, bertakwa dan tidak ego dan sombong diri. Baginda sanggup melakukan pengorbanan semata-mata kerana Allah. Dan akhirnya baginda dirahmati dan dimuliakan oleh Allah dan seluruh umat manusia hingga kini.

Sebagai hamba Allah seperti Nabi Ibrahimkah kita ?. Ramai insan didunia ini yang sombong, bongkak, ego dan merendahkan orang lain. Manusia merasakan dirinya ada kuasa, perlu dihormati dan boleh buat dan lakukan apa yang dia suka . Namun tanpa kita sedar bahawa watak kita sebenarnya menempah kebencian Allah dan insan seluruhnya.

Sempena dengan sambutan Aidil Adha ini, kembali renungkan diri kita. Banyak pohon keampunan dan kemaafan kepada Yang Maha Esa atas kesalahan yang dilakukan dengan sengaja dan tanpa sedar. Manusia jangan rampas keegoaan yang hanya layak dimiliki oleh Allah. Kita hamba yang sewajibnya menjadi insan merendah diri dan bertakwa.

Ahad, 22 November 2009

Hujan, Banjir Dan Tanggungjawap Ibubapa

Sejak kebelakangan ini hujan sering turun dengan lebatnya. Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa daerah di Perak dilanda banjir. Akibat bencana banjir ini telah ada beberapa kes yang melibatkan kematian.
Ramai ibubapa yang semakin risau dengan keadaan cuaca sekarang. Apa tidaknya kerana anak-anak yang akan menduduki SPM agak terjejas dengan keadaan sekarang. Bertambah-tambah merunsingkan fikiran ialah sekarang pula musim cuti sekolah , anak-anak duduk dirumah dan musin banjir ini mereka jadikan satu pesta untuk bermain air.
Satu pengorbanan yang boleh dibuat oleh ibubapa ialah mengambil cuti pada ketika ini. Anak-anak boleh diberikan perhatian yang lebih. Keselamatan mereka lebih terjamin dan kasih sayang akan terjalin mesra . Dan akan lahirlah " Rumahku Syurgaku ".

Selamat Datang Ke Negeri Perak Darul Ridzuan

Saya mula bertugas kembali setelah bercuti dari 6 November 2009 hingga 20 November 2009. Bercuti bukan pergi makan angin atau sengaja nak berehat tetapi bercuti menyelesaikan masalah kesihatan.
Dikesempatan ini saya dan seluruh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Zaharin bin Haji Zainudin, Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Perak yang baru.
Mudah-mudahan akan terjalin hubungan terbaik dengan semua warga Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak. Insya Allah.